Sunday, June 17, 2012

^___^ Ayuh Kenal! Jen!s Hati KIta ^__^

Jenis-jenis hati



Alhamdulillah, entri kali ini aten nak kongsikan satu perkongsian tazkirah yang sangat indah dari seorang guru habib. Semoga ia menjadi kesedaran kepada Aten dan sahabat-sahabat yang membaca dan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya..Ameen.

       Sesunggunya tiada seorang pun dari kita keluar dari rumah dalam keadaan orang lain tidak senang melihat kepada kita.Yakni, tidak mungkin ada dari kalangan kita keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya dan memakai pakaian yang cantik-cantik. Mungkin salah seorang dari kita ,contohnya  bila keluar di jalanan dan terdapat cermin di dalam lif, bila melihat cermin tersebut  di dapati bahawa terdapat sesuatu di matanya  dan pada pakaiannya iaitu terdapat sesuatu yang tidak sesuai dilihat oleh orang lain dan boleh merendahkan nilai dirinya, mungkin dia akan berpatah balik daripada perjalanannya,mungkin daripada keretanya akan pulang ke rumah untuk membersihkan dirinya supaya orang lain dapat melihatnya.Inilah bandingan bagi sesuatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.

Bagaimana pula dengan tempat yang dilihat ar-Rahman SWT??

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu. Sekiranya salah seorang dari kalangan kita, merasai perasaan ini setiap hari, berapakah nilai pandangan Allah SAW pada hatinya, nescaya dia akan menyiapkan dirinya sebagaimana dia menyiapkan  pakaiannya , wajahnya apabila dia keluar kepada manusia awam.Bahkan lebih baik dari ini lagi. Memadailah bagi kita, bila kita menyamakan pandangan makhluk dan pandangan pencipta, nescaya keadaan kita adalah sangat baik daripada sekarang ini.

Berkata Saidina Ali bin Abi Thalib “Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati”
Hati adalah tempat turunnya rahmat, juga mengandungi ilmu pengetahuan.

Para ulama’ membahagikan hati kepada empat bahagian.

*        HATI YANG TERCEMAR DENGAN KEKOTORAN.

         Seperti hati yang terdapat di dalamnya kesombongan, bohong, hasad dan berlagak dengan manusia. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut disebabkan oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu.Seperti Firman Allah SWT “Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka”

Ilmu tetap masuk kerana setitis dari hawa nafsu dapat mencemarkan lautan ilmu. Maka ini adalah perumpamaan bagi hati yang dicemari dengan najis.

*        HATI YANG PECAH

          Seperti hati manusia yang terus melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Contohnya hadir majlis yang mulia, tapi bila keluar sahaja dari majlis tersebut, terus mengumpat orang lain.

Selepas memegang biji tasbih, berzikir, atau solat dua rakaat, terus buka televisyen dan menonton adegan-adegan yang diharamkan.

Maka tidak sempat pintu rahmat itu kekal di dalam hati melainkan ia keluar disebabkan oleh maksiat ini.

*        HATI YANG TERTUTUP DAN TERKUNCI

           Hati in bagaimana pun tercurah rahmat, tidak akan masuk ke dalam hati kerana ianya tertutup dan terkunci. Ini adalah contoh bagi hati orang yang suka membangkang iaitu membangkang Allah dan orang-orang soleh.

Bila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Apabila ada orang sedang solat, dia melihat solat orang tersebut tidak sah. Ini kerana dia ada masalah seperti dehaka kepada ibubapa, memutuskan hubungan silaturrahim. Ini semua adalah perkara yang sebenar-benarnya menutup hati dan tidak dapat di masuki dengan rahmat.

Seperti mana yang disebut oleh Nabi SAW : Empat golongan yang tidak diampunkan pada bulan Ramadhan, antaranya adalah derhaka kepada kedua ibubapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh, dan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Ini memang tidak akan masuk langsung rahmat ke dalam hatinya.

*        HATI YANG SUCI , YANG BERHADAP KE LANGIT

          Diharapkan agar ini merupakan hati kita semua ..Insya Allah..hati yang bersih, jernih dan menerima..hati ini dengan hanya ibadat yang sedikit, iaitu  sekiranya hadir majlis yang baik-baik, solat dan berzikir kepada Allah, terus kita akan mendapati hati ini penuh dengan kebaikan dan rahmat.

      Ramai orang selepas daripada mendengar perbicaraan tentang hati terkesan..tetapi soalan masyhur adalah..Apakah ubatnya?apa aku nak buat?Aku tahu hati aku ini rosak, hati aku ini kotor dan aku tahu memang hatiku begini..Apa ubatnya?”

      Satu perkara penting yang dapat di kongsikan adalah mengenal penyakit..seseorang apabila sudah mengetahui penyakitnya…dianggap “mengenal penyakit” ini sebagai antara langkah terpenting daripada langkah-langkah perubatan. Perkara ini berkemungkinan tidak diambil berat oleh masyarakat.

   Selepas kenal hati kita daripada jenis mana..maka ubatlah berlawanan dengan keadaannya sekarang..Sekiranya kotor dibersihkan, sekiranya tertutup dibuka, sekiranya banyak dosa berhenti daripada melakukan dosa-dosa dan membaiki hatinya.

       Sekiranya kita sudah mengenali hati kita dalam keadaan mana maka telah jujur kita dalam menuju kepada Allah SWT. Dan yang paling utama sekali adalah apabila seseorang itu sudah tahu pada dirinya terdapat keburukan dan kekurangan, berlindung kepada Allah supaya disembuhkan dari penyakit hati kita ini dan Allah akan menyembuhkannnya.

“ Dan sekiranya aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku”

   SELAMAT MEMBACA

Saturday, June 16, 2012

UkHuWah PerSaHabatAn GGF

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Aten mulakan entri Aten ini
Semoga memori ini terpahat di hati Aten dan sahabat-sahabat Aten
Tiada harapan lain, semoga entri ini akan memperingatkan kita tentang nikmatnya mengikat tali persahabatan yang kukuh walaupun sukar untuk sentiasa bersama.

Ukhuwah itu terletak pada pertemuan , bukan pada manisnya ucapan bibir, tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap temannya dalam setiap bisikan doanya.

Sesungguhnya persahabatan itu sesuatu yang indah.Rasa bahagia dalam jiwa itu menjelma bila kita dikasihi dan mengasihi.Itu memang fitrah penciptaan manusia iaitu suka bila dirinya disayangi dan diingati.Serta gembira bila dirinya dicintai. Kasih dan cinta sendiri adalah sendi dalam nikmat persahabatan.Tanpa keduanya, kita tidak akan menikmati kemanisan dan kelazatan nikmat ukhuwah persahabatan itu.


Alhamdulillah, dah nak habis tahun pertama di UM, dapat juga kami berempat  keluar bersama-sama sebelum masing-masing pulang bercuti. Dulu masa di  Nilam Puri, banyak masa dapat diluang kan bersama-sama.makan bersama..jalan-jalan bersama..bergurau senda...tapi bila dah masuk  UM , dan masing-masing dapat kos yang berlainan , susah nak berjumpa dan sembang-sembang cam kat NP. Dapat jumpa pum kadang-kadang dalam 2 3 orang je.
So sebelum cuti kami plan kami berempat dapat berjumpa  .Alhamdulillah,, lepas je exam Bahasa Arab..kami berempat keluar bersama... Sekadar dapat makan bersama, sembang-sembang..dah hepi sangat bagi kami..Moga-moga persahabatan kami kekal abadi..Ameen  ^____^









GGF 4 EVER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...