Saturday, October 2, 2010

"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"

Suasana kantin yang hingar-bingar memang suatu yang lumrah apabila tibanya waktu rehat .Pelajar berpusu-pusu menuju kekantin dalam keadaan kelaparan.Masing-masing menjenguk dan memilih makanan yang ingin dijadikan santapan ,mengalas perut .Suara yang pelbagai saling bertingkah dan menyesakkan lagi ruang udara kantin yang sememangnya sesak.Kecil sahaja kantinnya.Bermacam makanan yang dijual namun mereka maih berebut untuk mendapatkan makanan yang diidamkan .Khuatir sungguh mereka makanan tersebut habis.

Namun dalam kesibukan ,ada pelajar yang cuba mengambil kesempatan .Tangan panjang istilahnya,kata orang.Berlakulah percubaan untuk mencuri.Seorang pelajar India cuba mencuri sepinggan nai lemak.Tapi percubaan tersebut tidak berjaya.Perbuatannya mendapat perhatian salah seorang pekerja kantin tersebut.Hal itu diadukan kepada seorang makcik yang merupakan pemilik tender.Dengan amarah yang meluap2,mak cik tersebut menghamburkan kata-kata kesat kepada pelajar berkenaan.Tangan pelajar itu disentap kasar dan diheret untuk dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan 1 yang selesa menikmati juadahnya(guru melayu).Mak cik yang dalam keadaan amat marah ,mengadu kepada guru tersebut.Terhambur lagi kata-kata kurang sopan dari mulutnya.Penuh amarah.Penuh penghinaan 

Apabila ditanya oleh penolong kanan,mengapa dia mencuri,jawabnya pelajar etrsebut......

"saya lapar,cikgu.

Sepotong ayat yang menyetap hati seorang ibu,ku kira.Makcik kantin masih mencebik muka sedang guru penolonh kanan,memandang dengan muka simpati.Naluri keibuannya tersentuh.Lalu penolong kanan meletakkan tangan nye di bahu 'pencuri' itu.

"tak apalah .Kali ni,saya belanja.Lain kali,jangan buat lagi,"katannya.

Sebak lalu berjujuran air mata luruh di pipi pelajar tersebut.Makcik kantin yang mendengar bicara guru tersebut ,terkesima.Ternganga mulutnya.Untung sempat ditutup sebelum lalat menyinggah.Berulang kali ucapan terima kasih diberikan oleh pelajar tersebut.Bersama air mata yang penuh keharuan ,sebak yang berpanjangan.

Apa yang disimpulkan ,kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesilapan orang lain sehingga kita terlupa tentang kesilapan kita.Kuman diseberang jalan kita nampak.Namun gajah didepan mata ,tidak kita lihat.Mak cik tersebut sekadar terlihat kesilapan pelajar yang mencuri namun lupa kesilapannya.Dia tidak bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t. berikan.Jika selama ini ,dia mendapat untung yang banyak melalui wang pelajar,jika tidak ada salahnya jika dia bersedekah dalam kuantiti yang amat sedikit.Ingatlah "Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima" Pahala sedekahlah yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.

Sekadar perkongsian ilmu untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang sedang mengejar redha-Nya.

Friday, October 1, 2010

AwaS!!!anda makan daging saudara anda sendiri????


dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..
01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.
02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.
03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita..
tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!
04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.
05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..
06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...
07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Thursday, September 30, 2010

H!jaB

Ali: Ibu, Ali nak lolipop tu ibu. Bolelah ibu...Plissss :(

Ibu: Boleh Ali. Tapi, sekarang belum masuk waktu berbuka puasa lagi. Masih awal pagi lagi. Kalau Ibu belikan sekarang, Ali tak boleh makan juga. Ali kan dah janji dengan ibu nak puasa penuh hari ni.

Ali: Tapi bu.....Ali dah lama teringinkan lolipop tu. Boleh lah Ibu. Ali janji. Ali tak akan makan lolipop tu selagi tak berbuka lagi. Plisssss bu.........

Ibu: Janji?

Ali: Janji!!!!!!!!!!!! :)

Ibu: Baiklah. Ibu belikan.

Ali: Terima kasih bu. Tapi Ibu, kenapa beli dua?

Ibu: Ooo. Satu lagi untuk adik kamu. Nanti dia teringin pulak bila tengok kamu makan nanti.

Ali: Ye tak ye jugak :P

(Setengah jam kemudian)

Ibu: Ali! Kenapa kamu bukak pembalut lolipop tu?!! Ali dah janji dengan ibu nak berpuasa penuh hari ni kan?!

Ali: Ali nak tengok je lolipop tu warna ape... Mintak maaf ek ibu..

Ibu: Kamu ni, ada ada saja. Jangan makan tau.

Ali: Baik bu.

(Waktu berbuka puasa)

Ibu: Ali!! Kenapa kamu ambil lolipop adik kamu?! Mane lolipop kamu?!

Ali: Lolipop Ali dah rosak. Lolipop adik elok lagi.

Ibu: Itu lah...Ibu dah cakap, jangan buka pembalut tu lagi tadi. 

Ali: Kenapa tak boleh bukak pembalut tu?

Ibu: Pembalut tu lah yang menjaga lolipop tu, jika pembalut tu tertanggal, habislah..

Ali: Habislah??

Ibu: Yela. Kalau pembalut tu dah tertanggal, nanti agen agen perosak akan merosakkan lolipop tu. Lain pulak dengan pembalut nya masih tak tertanggal, lolipop tu akan terus terjaga. Betul tak Ali?

Ali: Betul tu Ibu. Lepas ni Ali tak akan buka pembalut tu lagi. Sebab Lolipop itu untuk Ali, bukan untuk agen agen perosak tu!!!!



Lolipop...analogi yang mudah bagi kaum hawa yang berfikir.

Mana satu pilihan hati

Berbalut atau tidak berbalut?

"Dan hendaklah mereka menutup kerudung ke dadanya"

An Nur:31


"Wahai Makhluk Ciptaan yg ESA yg aku sayangi. Peliharalah Maruahmu...Peliharalah Auratmu...Peliharalah suaramu...Peliharalah Sikapmu...Agar tidak menjadi SAJIAN AN NAR!!! Agar tidak membingungkan Rasul kesayanganku. Agar Kau tidak menjadi Tentera SYAITAN musuh Kita yg nyata. Sebaliknya jadilah kamu pembantu para Muslimin....Penguat para mukminin...Pembakar para mujahidin...Peliharalah...Peliharalah...Peliharalah...Agar kami pejuang Agama ALLAH terpelihara. Aku ingin sekali melihat kau yg kucintai menutup tubuhmu dengan baik dan memelihara auratmu dengan sempurna. Agar aku menjadi lebih hormat kpd mu. Ingin sekali ku melihat kau memelihara maruahmu."


Agar Kaum Adam lebih berusaha mendapatkanmu dan menghargaimu...



"Jauhkanlah diri kamu dari Fesyen2 yg bakal menjadikan kamu sajian api jahanam...Jauhkanlah diri kamu drpd tutur kata yg sia2 daripada menjadi bahan guntingan neraka...Tapi bakarlah semangat kamu dgn api AKIDAH agar bergetar seluruh jiwa lelaki akan Insan yg bernama MUSLIMAH."

Wednesday, September 29, 2010

maksud huruf pada namaku

A       Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
N     Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

N     Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
B     Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
I     Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
L     Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
A       Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.













Rahs!a Wanita Tanah, aP!, Angin dan Air

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa
sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api
dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih
pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan
yang mempunyai unsur sepertinya. 


Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas 



Wanita berunsur Tanah


Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita
yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: 

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka
bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air


Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.
Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan.
Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. 
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api


Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga
menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita
bersifat api: 
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. 
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. 
* Penasihat yang baik kepada suami. 
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. 
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin


Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: 
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. 

Wednesday, August 25, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

```$!aPakAh K!ta```

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T.”


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur’an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah kita?? Sudah dapat jawapan??
Ayuhlah kita teruskan perjalanan hidup ini dengan memperbaiki diri dan ajaklah orang lain untuk bersama memperbaiki diri mereka semoga hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT serta terhindar daripada sebarang kerugian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...