Saturday, May 7, 2011

♥ ♥ ♥ COUPLE@ KHITBAH @ TUNANG ??? ♥ ♥ ♥

Percaya atau tidak, kita boleh 'bertunang' tanpa sedar? mmg xlogik kan dgn soalan nie..tp jawapannye Ya, kita boleh bertunang tanpa kita sedar,iaitu  apabila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Itu memang normal bukan? Tapi, yang kita mungkin tidak tahu, kita sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu masa nak tunang bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang bolehh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

via USTAZ AZHAR





Friday, May 6, 2011

ஐ Sesungguhnya kaulah permata hatiku ஐ

umi..kaulah ratu hatiku

time along  masih kecil2
bila along dahaga...umi susukan 

bila along lapar...umi suapkan
bila along keseorangan...umi selalu disamping along
Kata umi, perkataan pertama yang along sebut....mak
 Bila bangun tidur, along cari....umi
 Bila nangis, orang pertama yang datang...umi
 Bila nak bermanja, along dekati....umi
sampai dah besar sekarang pum masih bermanja ngn umi...(xmalu..hehehe)
bila along ad masalah..along luah pada umi..
bila along sakit..umi la yang paling risau..
terlalu banyak pengorbananmu..



♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫♥ﷲ¸¸.•*¨*•

"umi..semestinya seorang umi mahukan  yang terbaik untuk anak-anaknya..Insya Allah umi..hadiah yang paling berharga yang along dan adik2 mampu berikan adalah menjadi anak yang terbaik untuk umi.Maafkan along jika xdapat jadi seperti apa yang umi harapkan.."

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫♥ﷲ¸¸.•*¨*•



Along tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat umi.. 


✦❉ ❥❦❧❃ ❂❁❀✄☪ ☣☢☠☭♈

 Ya Allah,ampunilah dosa2 umiku..limpahkan kasih sayangmu padanya Ya Allah. Semoga umi dalam rahmat Allah sentiasa, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat beramal ibadat dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian. Terima kasih kerana membesarkan kami beradik, mendidik dan sentiasa menemani kami sehingga kini..and terima kasih kerana sentiasa menyokong diri ini. Terima kasih umi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa umi.along sayang umi...Sesungguhnya engkaulah permata hatiku...ummuah3..

✦❉ ❥❦❧❃ ❂❁❀✄☪ ☣☢☠☭♈





Tuesday, May 3, 2011

❤❤ Atas Nama C!nta ❤❤

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Tika mata 
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
 Dan seketika 
Terlontar ke dunia khayalan 
Hingga terlupa singkat perjalanan 
Tersedar aku dari terlena 
Dibuai lembut belaian cinta
  Rela aku pendamkan 
Impian yang tersimpan 
Enggan ku keasyikkan 
Gusar keindahannya 
Merampas rasa cinta 
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah 
Bernafas dalam jiwa hamba 
Dan ku cuba 
Menghindarkan pesona maya 
Kerna tak upaya ku hadapinya 
Andai murka-Nya menghukum leka
  Diatas nama cinta 
Pada yang selayaknya 
Kunafikan yang fana 
Moga dalam hitungan 
Setiap pengorbanan 
Agar disuluh cahaya redhaNya
  Biar sendiri hingga hujung nyawa 
Asal tak sepi dari kasih-Nya 
Kerna sesungguhnya hakikat cinta 
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki 
Sehingga ku rasai 
NikmatNya 
SyurgaNya 
CintaNya....


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Friday, April 29, 2011

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨

Ya Allah, jadikan UMUR terbaik hamba di 'penghujung'nya, jadikan AMAL terbaik hamba di 'penutup'nya & jadikan hari-hari terbaik hamba saat BERTEMU dengan-Mu...Sesungguhnya hamba tidak layak untuk masuk syurgaMU....tetapi hamba tidak sanggup masuk ke nerakaMU....Amiin Allahumma amiin

❤¸¸.•*¨*•❤¸......¸.•*¨

Friday, April 22, 2011





╔═══════════════ ೋღ☃ღೋ ═══════════════

 "Tegurlah saya, jika saya mulai sombong, tegurlah saya jika 
saya mulai salah kerana saya masih sangat perlu
                                 Sahabat seperti kamu, hari ini esok dan selamanya" - ". .

♥♥love u all♥♥



╚═══════════════ ೋღ☃ღೋ ═══════════════

Sunday, February 20, 2011

~::*BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK*::~

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.* 

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at.. Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru


Saturday, February 19, 2011

~satu c!nta~

Cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Allah semata-mata. 
Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai-Nya selalu, dunia dan akhirat. Insya-Allah, ameen... =)



SATU CINTA


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta

Yang s'lamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan

Kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
dari hidup sia-sia..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...