Friday, October 7, 2011

10 petanda dia jOdOh k!ta

assalamualaikum...aten kembali...hehehe..alhamdulillah..entri kali nie aten just nak share satu entri mengenai Petanda Seseorang Ni Adalah Jodoh kita. Wah ! Jodoh pon ade petanda ker? Mestilah kan..,(*_O)...jadikan entri nie sebagai pengetahuan buat kita semua...ayuh bace..(n_n)

sebagai renungan...
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 


3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, October 1, 2011

~akhirilah dengan kebahagiaan...ameen~



Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya

hOb! baRu SaYa (*_O) cRaft felt

Alhamdulillah...entri kali nie aten nak kongsi sal hobi baru aten...hobi nie baru lagi ..time cuti panjang.....hehe....menghasilkan craft felt...actually..craft nie dah ramai yang tahu buat n dah jadikan ia satu business.....bila aten tengok craft-craft felt yang dijual nie kan n kawan-kawan aten buat...terasa lak nak mencubanya...so ape lagi..aten cuba la membuatnya...ish....boleh ke tak boleh aten membuatnya nie?mmmm..bila dah aten start buatkan....nak cakap sush membuatnya...senang je...just leceh sedikit la...apapum yang penting .. menanam minat nak membuat...confirm boleh siapkanya..cam aten dah siapkan nya...hehehe..yang simple2 jer aten dapat buat..(O_*)..
inilah antara hasil craft felt yang dah aten siapkan



















Thursday, September 22, 2011

ketika C!nta berusrah

Alhamdulillah...setelah sekian lama sepi dari berusrah...akhirnya masih diberi kesempatan untuk aten menyertainya...Begitu terseksa jiwa rasanya bila sunyi dari peringatan dan tazkirah..rasa kering dan lalai...

Ketika C!nta Berusrah....antara program kat kolej aten..pe yang baik dan manfaat...ayuh kita sertai..kan2..so kitorang pum pi surau...segan nye nak masuk..yelah..dah terlambat....tapi kitorang masuk juga...rugi la...dah pi tapi xmasuk kan...dalam surau 2 kami di bahagikan group...dalam 3 ur 4 orang la dalam satu group....setiap group diberikan tajuk berlainan...tapi tajuk berpartner la...contohnya...cam group aten kena pertahankan solat persendirian lebih baik dari solat berjemaah...and partner group kitorang akan mempertahankan tentang solat berjemaah..lepas2 bincang..kitorang kne bentang...tajuk yang dibahaskan juga sangat menarik iaitu  mengenai hiburan...kebersihan..adab memberi salam...mengenai fesyen tudung....semuanya berkaitan dengan kehidupan kita seharian...moga-moga ia sentiasa menjadi peringatan untuk aten n semua.



    usrah



Mungkin ada orang mempersoalkan,apa pentingnya sangat usrah..pergi kuliah di surau pun boleh jaga tarbiah..Baik,anda benar..Namun cuba ambil contoh..

Dalam kita belajar,kita selalu diberitahu bahawa pentingnya study group untuk cemerlang dalam pelajaran.Dan itu juga kita akui kebenarannya.

Jika ingin cemerlang dalam pelajaran dengan study group,maka bagaimana untuk  dalam soal ibadah??

Itulah USRAH..untuk memperbaiki ibadah dan akhlak,juga  sebagai peringatan dan tazkirah kepada diri,usrahlah antara medan paling sesuai..

Jom berusrah.. 



Saturday, September 17, 2011

lorong C!NTA jalan SAYANG kampung RINDU


A :  Maaf..tumpang tanya .Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG   pekan HATI Bandar I MISS U kat mana ye???


B : Encik jalan terus ikut jalan ILLAHI,Nampak simpang tiga ,masuk belah kanan,ikut jalan NIKAH.sepanjang jalan tu,akan Nampak belah kanan,kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit.iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI.haa itu tandanya Encik berada di jalan yang betul


Semoga selamat sampai…(n_n)



CINTA ALLAH


CINTA ABADI…


Sunday, September 11, 2011

minggu Or!entas! di Um

okayyy!new story babe!:)  hahaha...nie minggu pertama aten kat universiti malaya..Homesick?no lah...nak homesick camne tah..busy giler sepanjang seminggu nie...al-maklum lah..budak bru masuk u...kne la merentasi minggu orientasi katakan....sampai2 je um...terus daftar...ramai sangat2 orang..sampai parking sesak...nak daftar pum terpaksa beratur panjang..hmmm...

after daftar..aten pi masuk bilik..dapat satu bilik dengan budak melayu .alhamdulillah..tapi xsangka lak satu blik semua nama fatin ...lawak lak rse ble tnye name roomate first2 masuk ari2.....3 roomate bernama fatin..hahaha..fatin nabila...my name...n kawan aten yang dua ag...fatin izzati n fatin hermani.nak pggil pe nie...t pggil fatin..semua berpaling..kuakua...so aten suoh diorang panggilkan aten..(aten)..n yang dua ag 2 nak dipanggil ten and erma...dua2 budak nie orang kedah..aten sorang jer ganu..xpe la...sekurag2 nya kenal org jauh..kan2..hehehe...

..hari first dah mula minggu orientasi...huhuhu...sungguh memenatkan..tido lewat..bangun awal...waaaa.n minggu nie jugak amat menyakitkan aty...kne hentam ngn pembantu mahasiswa habis-habisan..tapi menyeronokkan..ngeh3...macam2 aktiviti yang kami lalui...ad yang best..ad yang membosankan...ad yang menyakitkan hati..huhuhu....itulah yang terpaksa kami, budak2 baru hadapi selama seminggu..memang btol2 menguji ketahanan..kekuatan..hahaha.Orientasi ni secara keseluruhannya masih bosan sama dengan mana-mana orientasi yang aten pernah pergi, tak pernah ada yang best.. ^_^ Dah nama pun orientasi, mesti lah banyak taklimat-taklimat, ye dak?.


Seriously, aten  rasa macam aten berada di sekolah2 dlu  balik la bila ada dalam orientasi ni.. Macam budak-budak lah, kena suruh tu, kena suruh ni.. Fuuhhh, penat melayan karenah abang-abang dan kakak-kakak PM ... nie aten luahkan pe yang aten rasai sepanjang minggu orientasi..(~_*)


  • Banyak sangat kena jerit-jerit nyanyi lagu, tepuk cheers bagai.. Habis hilang suara aten..


  • Rasa sangat jadi junior bila abang PM asyik jerit-jerit marah budak-budak baru ni..


  • Banyak sangat taklimat sampai aten akan tidur setiap kali taklimat..:)



  • opsss...bukn itu aja..banyak lagi...cuma malas nak diluahkan disini..ngeh3

    Malas pulak nak tulis banyak-banyak, nantilah kalau aten ada tiba-tiba terfikir secara spontan, aten tulis je.. Setakat ni Alhamdulillah, orientasi dah tamat, esok kami akan mula kuliah.. Doakan kejayaan aten di um nie  :D ok..tada..






    Monday, August 29, 2011

    salam aidilfitri maaf zahir & batin

    Ramadhan sudah pun meninggalkan kita semua.semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang.Insyaallah..semoga amalan2 yg banyak dilakukan pada ramadhan lalu akan diteruskan pada bulan2 seterusnya.Beribadatlah kerana Allah bukan kerana bulan ramadhan.Kerana ramadhan akan pergi dan yg kekal hanyalah Allah Taala..

    Dikesempatan ini aten ingin mengucapkn Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri aten nie,xlupa juga kepada umi dan abah,sanak saudara serta kawan2 aten.n  tak lupa kepada geng2 ggf ..(O_*).

    Ampun dn maaf dipinta jika ada terkasar bahasa...


    Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...