Tuesday, April 24, 2012

Real Sahabat Seru

How You Do Anything Is
How You Do Everything


Alhamdulillah, I am glad that i have made the decision to be of the Real Sahabat Seru program. I am so excited when in this program because I have learn many new experience and got to know many new friends. Furthermore.in this session we should divided to four group.My group's name is SERU 1.it is a great name..hehehe...and members in my group is Azim, Puri, Angel, Maheran, Hasrul and Amira.I hope I can enjoy with them and I can still commitment for this program..(*_*)


Members of SERU 1


with My bestfriend after RSS program





Thursday, November 17, 2011

(^_^). Kas!H,SaYang Dan C!nta .(^_^)

Assalamualaikum semua..:)..

Aten ada terbaca satu entri yang sangat menarik untuk aten kongsikan untuk kengkawan aten..ayuh bace!!!.Antara Kasih, Sayang dan cinta..Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.


Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.


Sayang

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.


Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
                                 Cinta
       Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Wednesday, November 16, 2011

✿✿✿ lappy dah pulih.lalalala. ✿✿✿

Assalamualaikum semua dan selamat petang

lappy oh lappy
aten akan menjaga mu ..lalalala ~~~~


Actually dh lame lappy aten ala-ala nak rosak.cam lembap jer.....tapi aten biarkan je...ambil xkisah.
bila dah kuar warning sal hardisk..mula la terngadah..huhu
Disebabkan HARDISK rosak.n tambah ram...melayang la RM4++..huwaaa...
....abeh duit ptptpu aten

So kepada readers n pengguna lappy sume, aten nasihatkan kowang jaga la lappy kowang baek2 ye..
Bila dah rosak baru nk terngadah nak jaga betul-betul..jangan jadi cam aten ye..huhuu

Sunday, October 23, 2011

lulus ujian L..(O_*)


Assalamualaikum semua.....pagi semalam aten ada test computer/undang2 taw...berdebar-debar nak pi test 2...kowt2 la xlulus..berdebarnya cam nak ambil final exam je..hehehe
alhamdulillah...aten lulus test dengan cemerlang...cemerlang?mm 49/50..kira cemerlang la2...kan2...haha...aten ada lagi kursus sementara sebelum dapat lesen L... xsabar2 nya nak belajar...hihi...seronok memang seronok tapi still xconfident lagi la....terpikir2..mmm bleh k x aten blajar nie....benda baru nak belajar kan....hope test driver t pum lulus..hehehe..(belajar memandu pum xlagi..ada hati fikirkan test driver)...ish3...(n_n)..

Wednesday, October 12, 2011

INGAT!!! carilah kesalahan dan kelemahan diri sendiri dahulu

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan. 


Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya . Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok. 
Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya. 

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa. 

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. 

Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi. 

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?””Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu. 

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa. 

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. 

“Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. 

“Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!,” perintah majikan. 

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya. 

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. 

Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan. 

Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi. 

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca. 

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri. 

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Jika kita mampu mengatur cara hidup kita, pasti kehidupan kita akan menjadi dinamis, berwawasan dan selalu baru.

Sunday, October 9, 2011

headerku bertukar??

Assalamualaikum ...hari ini aten mengambil keputusan untuk menukar header diblog aten nie...biasalah kalau asyik tengok yang sama je,jemu juga..kan2?hehehe..mmm so mulai hari ini aten akan mengunakan header yang baru aten siapkan.....pada awal2 nya...nak jadi kan header transperant...ntah pe yang xkene...dah jadi cam2....mmm ilmu mereka header xcukup nampaknya...itu yang xjadinya...hehehe...so.kne top4 lagi la lepas2 nie.....aten akan cuba sampai jadi...hehehe...k la selamat tinggal header lama...byebye~~~



Saturday, October 8, 2011

✿✿✿ wOw..bila ggf mula menconteng...inilah hasilnya ✿✿✿

alhamdulillah..dapat juga ggf berjalan bersama-sama mencuci mata di FESKUM'11(festival konvokesyen universiti malaya 2011)..dah lama xkeluar sama-sama...tapi  kitorang just bertiga je...aten,damia n bib.si ja sibuk di gerai...tapi xpe la...bertiga pum bertiga la...(O_O)...kami singgah dari satu gerai ke gerai...ala cuci-cuci kan mata yang dah bersih..hehe. n tambahkan kemeriahan gerai2 2..hehehe..belinya tak..(O_*)...jalan punya jalan..kitorang singgahlah kat gerai ice-cream nie...mmmm bestnya tengok orang makan..so kitorang pum teringin la nak mencubanya...masuk dalam gerai 2 trus je duduk kat meja yang kosong..menunggu untuk order..hehehe...sambil2 menunggu kitorang tengok customer yang dah dapat ordernya...mmm 2 bekas RM8.00...opss.masing2 saling pandang-memandang..hahaha..mahal kowt.....apa lagi kitorang bla cm2 je la...mujurla xsempat order lagi...al-maklum lah..ptptn xmasuk lagi..so kene la berjimat..p...then kitorang pi gerai baju..gerai cenderahati...wow..cute2 nya bear kat situ..bestnye lau aku dapat..hahaha...gerai tudung...n banyak2 gerai la kitorang pi...pas tu kitorang travel lagi...n singgah la kat booth lukisan...cantik-cantik lukisan yang dipamerkan...sambil-sambil tengok..datang la seorang mak cik yang jaga booth 2..."dik,meh la lukis-lukis..ambil lukisan nie...xlukis pum conteng-conteng je"..mmm kitorang pe lagi..ambil la lukisan 2...teruja je nak melukis....hahaha...so nie lah hasilnya bila ggf mula menconteng..hehehe

lukisan kosong..(n_n)


bila ggf mula melakar..haha..simple2..je..



bila ggf mula menconteng..hahaha...kusyuk bebeno





inilah hasilnya...nice..seceria kitorang kan...hehe
simple but bermakna buat kitorang..

ggf !n love










ggf bersama kawan baru..(O_O)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...