Thursday, July 29, 2010

~kAS!h saYanG AnuGerAh DariNYa~

Renungkanlah.........

"Nurse Boleh Saya tengok anak saya?"

ibu muda yang baru bersalin i
tu bersuara antara dengar atau tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambut dengan senyuman yang meleret. Dibuka selimut yang wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaiknya bayi itu berada dipangkuannya.


Jururawat kemudian megalihkan pandanganya ke tingkap.Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapon mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu..... pulang dari sekolah pada suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan. Menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.


"Mereka kata saya cacat." katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak, Dipujuk nya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan miuncul sebagai pelajar cermelang dengan menyadang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.


Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.


"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma." kata pakar bedah.


Bermulalah satu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu.....


"Anakku kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tetapi dia mahu dirinya dirahsiakan." kata si ayah.


Pembedahan berjalan lancar an akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anal menjawat jawatan yang tinggi dalam bidang diplomatik.


"Sebelum berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini? saya ingin membalas jasanya." kata si anak berkali-kali.


"Tak mugkin." kata si ayah


"Perjanjian antara penderma dengan ayah masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."


"Bila." kata si anak.


"akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya menangguk-angguk..


Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.


"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.


"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dialah satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya.... Tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


P/S : kEcAnTiKAn SeSEoRaNg BuKaN TeRlEtaK pAdA fIzIkAl TeTaPi PaDa HatI.

cINtA sEjAtI BuKaN pAdA YaNg DiLaKuKaN & dIhEbAh-hEbAhKaN TeTApI peNgOrBaNan TaNpA dIkEtAhUi.

SeLaGi IbU KiTa aDa dIduNiA iNi CiUmLaH dIa,CIuMlAh tAnGaNnyA, SeNtIaSa MeMinTa aMpun DaRinYa, bErIkAn sEnYumAn kEpAdaNYa, BUkAn BerMaSAm MUkA, kAsIH iBu TiAdA tAndInGan, INGATLAH SYURGA DI BAWAH KAki IBU, pEnYesAlaN dI KeMuDiAn HaRi TiAdA gUNa, seLaGI HaYaT mAsih AdA, CuRaHkAnLaH sEPeNUh kAsIH SaYaNG kEpAdaNyA........

I LOVE U MOM........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...